Yuna Rancang Buat Konsert Di Kuala Lumpur! – “Mungkin Penghujung Tahun Ini”

Bagi menghiburkan peminat di tanah air, penyanyi Yuna telah menyatakan hasratnya untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Menurut Yuna, dia sedang mencari masa yang sesuai untuk mengadakan konsert di sini sebelum dirinya sibuk dengan konsert jelajah di Amerika Syarikat.

“Ya betul sekarang musim konsert di Malaysia dan sebenarnya saya memang ada perancangan untuk adakan konsert seperti di Dewan Plenary dulu.

“Buat masa ini saya memang sedang sibuk untuk siapkan album dan dalam masa sama mencari masa yang sesuai untuk adakan konsert.

“Mungkin pada penghujung tahun ini… sebelum saya sibuk dengan persembahan jelajah mini di Amerika Syarikat boleh singgah sekejap ke Kuala Lumpur untuk buat persembahan. Saya boleh nyanyikan lagu-lagu lama saya dan termasuk lagu baharu,” katanya.

Memetik laporan di Gempak, Yuna yang merupakan sahabat karib Aizat Amdan turut hadir di majlis pernikahan penyanyi lelaki itu bersama isterinya, Elyssa Alia Ilias di Puchong, pagi tadi.

Yuna turut berkongsikan rasa gembira terhadap kedua pasangan itu dan menyifatkan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

“Sekarang Aizat dan bergelar suami dan mendapat seorang isteri yang sepadan dengan dirinya. Mereka itu sangat serasi dan melengkapi antara satu dengan lain. Saya sangat gembira untuk mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Sumber: Gempak

Fatin Nurain