Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Penyanyi Zamani dilaporkan bakal merakamkan lagu ciptaan komposer terkenal, Faizal Tahir dalam masa terdekat.

Menurut pengurusnya, Aalan Ahmad, vokalis kumpulan Slam itu dijangka masuk studio selewatnya akhir bulan ini.

“ Ikutkan, dalam bulan ini proses rakaman lagu baharu Zamani bakal siap.

“Selepas itu,  Zamani bakal fokus kepada projek khasnya bersama Slam, termasuk penghasilan lagu baharu dan konsert reunion,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zamani juga dalam perancangan muncul dalam sebuah konsert reunion bersama kumpulan Slam.

“ Idea konsert reunion ini diusulkan oleh Shah selaku pemain gitar utama mereka sempena sambutan pembabitan ke 25 tahun dalam industri muzik,” katanya.

Tambah Aalan, segalanya masih dalam peringkat perbincangan termasuklah pemilihan tarikh, lokasi dan penaja.

SGMS Faida