‘Pinjam Otak Kejap Boleh?’, Netizen Puji Adik Anzalna Nasir

‘ Complete, genius dan cantik. Macam mana nak bijak macam awak eh,’ itu antara komen yang ditinggalkan di laman Instagram, Anzalna Nasir, baru-baru ini.

Pelakon jelita itu memuatnaik keputusan peperiksaan adiknya, Nazirah Nasir yang cemerlang dalam semua subjek.

Nazirah yang merupakan pelajar jurusan Sains Bioperubatan memperoleh kepujian dalam semua subjek.

“Regardless of how pretty or rich you are, education is very important. 

“My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again @nazirahnasir97 kalau boleh nak upload selalu results dia tapi riak la pulak!,” tulisnya.

Kata Anzalna, keluarga tidak pernah memaksa anak-anak dalam hal pembelajaran tetapi segalanya datang dari diri sendiri.

Dalam masa sama, Anzalna sempat bergurau memberitahu untuk mendapatkan tips belajar.

“Hahaha bukan apa, at least korang boleh dm @nazirahnasir97 minta share tips belajar walaupun dia tak sehebat I! Nak juga,” katanya.

SGMS Faida