Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kemesraan diantara kedua-dua pelakon ini nampaknya di uji lagi apabila perancangan dan impian pasangan selebriti Zara Zya dan Hafreez Adam untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Menurut Zara, perkahwinan ini terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan kerana jadual kerja terlalu padat. Namun, masih berharap agar segala urusan untuk majlis ini berjalan dengan lancar.

 

” Baru-baru ini Hafreez ada bertemu dengan keluarga saya untuk membincangkan tentang majlis kami. Namun, majlis ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan kerana enggan terburu-buru memandangkan urusan nikah dan perkhawinan ini adalah satu tanggungjawab yang besar” Katanya.

Zara juga enggan meletakkan sasaran tentang tarikh perkahwinan beliau kerana takut perancangan tersebut tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

“Saya tidak mahu memberikan tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti ada yang mengeluarkan spekulasi dan andaian kurang enak sekaligus timbul fitnah” Tambahnya.

Salma Syahbuddin