Hamil Anak Kedua, Tahniah Amyra Rosli!

Pelakon Amar Baharin mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua.

Menerusi laman Instagramnya, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan memaklumkan berita gembira itu sempena ulang tahun kelahiran ke 34 tahun.

“ Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini,” tulisnya ringkas yang turut berkongsi berita gembira itu di laman Youtube.

Isterinya, pelakon Amyra Rosli memberitahu kepada portal Harian Metro, pada awalnya dia mahu merahsiakan berita gembira ini pada awalnya.

“Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini.

“Usia kandungan saya baru masuk dua bulan. Sebenarnya saya tidak mahu umumkan lagi tetapi mungkin sempena hari lahirnya hari ini, dia mahu memberikan sesuatu yang istimewa.

“Kalau ikutkan saya, nanti dulu sebab masih di peringkat awal kemahilan,” katanya.

Menurut Amyra, dia dijangka bersalin pada Februari tahun depan.

Amyra juga memohon agar orang ramai mendoakan proses bersalin bayi keduanya dipermudahkan.

Amar berkahwin dengan Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi.

SGMS Faida