Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Selepas kes tahanan suami penyanyi terkenal Ziana Zain pada 6 Mac lepas, penyanyi ini tidak terlepas dari sebarang pertanyaan dikalangan wartawan tempatan mahupun orang ramai mengenai isu rumah tangga beliau. 

Dan, bagi menjelaskan isu tersebut, Ziana Zain hari ini memberitahu bahawa keempat-empat anaknya kini sedang menjalani rawatan psikiatri mengikut arahan doktor selepas anak-anaknya itu sering dilihat berkeadaan murung dan tertekan. 

“Anak-anak ada yang suka berdiam dan bersendirian. Mereka trauma dengan apa yang mereka lalui. Saya sentiasa bertanya mereka dan bersyukur apabila anak-anak berkongsi, baru kita tahu mereka pendam selama ini. Mereka diam kerana takut.” Katanya

Ziana Zain tidak dapat menahan air mata ketikas sidang media kes perceraian beliau di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam hari ini

Ziana Zain ditemui pada sebutan kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini. 

Armin Zaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Armin membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. Dan, apa yang lebih memeranjatkan adalah, Armin pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu berusia 3 tahun.

“Bayangkan anak sulung dan kedua saya enggan diajak makan diluar. ini kerana tidak sanggup dimarah dan diherdik sesuka hati. Malah, mereka mengaku tidak sanggup untuk melihat saya dimarahi tanpa sebab dan punca.” Jelasnya

Apapun, semoga penyanyi kesayangan ramai ini sentiasa kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian dari-Nya.

Salma Syahbuddin