Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Kes penceraian penyanyi popular Ziana Zain dilihat semakin rumit apabila suaminya Armin Zaharin hanya bersetuju sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“ Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya.

“Sejak Mac lalu saya langsung tidak dapat bertemu mereka dan berharap perkara itu dapat diambil kira oleh mahkamah,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan.

Armin berkata demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar yang mendengar kes itu.

Dalam pada itu, menjawab dakwaan Armin, Ziana selaku plantif memberitahu mahkamah, suaminya itu dihalang berjumpa dengan anak-anak atas arahan pihak polis dan peguamnya.

Dalam masa sama, Ziana memberitahu anak-anaknya adalah saksi berhubung kes jenayah melibatkan Armin atas dakwaan mencederakan salah seorang anak mereka dan prosiding kes itu masih berlangsung di Mahkamah Majistret di sini.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Jun depan. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan secara baik ya! 

SGMS Faida