Betulkah Isteri Izzue Islam Amal Ilmu Hitam?

Walaupun sudah lama berkahwin, pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin masih belum dikurniakan dengan cahaya mata. Namun, itu bukanlah sebab para keyboard warrior diberikan hak untuk melabel dan menuduh isteri penyanyi ini mengamalkan ilmu hitam.

Memang benar usia perkahwinan antara Izzue dan Awin sudah mencecah 5 tahun, dan pasangan ini tidak pernah bercadang untuk mengambil anak angkat walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata dalam tempoh perkahwinan yang agak lama. Namun, pasangan ini masih tidak berputus asa untuk mencuba nasib.

Baru-baru ini, Awin dilihat telah memuat naik beberapa screen shot menerusi instastory beliau mengenai tuduhan yang dianggap sangat biadap daripada netizen. 

Menurut Izzue, ini bukan kali pertama tohmahan seperti itu dilemparkan terhadap isteri kesayangannya itu. Namun, melihat kepada ketenangan Awin menangani masalah tersebut, Izzue agak terkilan dan sedih dengan sikap netizen pada masa sekarang.

” Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhdap saya. Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak diberi bukti. Hentikan lah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya dan mentaliti sebegini harus dihentikan.” Jelasnya

Izzue juga turut menegaskan bahawa beliau kecewa kerana terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai zuriat nya.

“Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan.  Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu. Sebaliknya beberapa individu. Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata? jangan tuduh sesuka hati sahaja” Katanya 

Izzue menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui pada Kempen Terima Kasih 2018 anjuran rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) pada Selasa.

Salma Syahbuddin