Categories: Trending

Pada Tahun 2020, Superhero Wanita Muslim Akan Muncul Dalam Filem Avengers!

Bagi anda yang mengikuti filem Avengers, pasti khabar ini akan mengejutkan anda! Selepas tayangan Avengers 4, Infinity War baru-baru ini, dikhabarkan akan ada banyak watak baharu akan diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan antara superhero terbaharu yang mungkin membuat kemunculan ialah Ms. Marvel.

Mengikut perancangan, Ms. Marvel atau nama sebenarnya Ms. Kamala Khan bakal muncul pada tahun 2020 selepas filem Captain Marvel yang dilakonkan oleh Brie Larson. Untuk pengetahuan anda, Ms. Marvel merupakan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel. Mesti akan lebih gempak!

Buat masa sekarang tiada pengumuman siapa bakal terpilih untuk memegang watak Ms. Marvel ini. Anda rasa, adakah dalam kalangan artis dari Malaysia? Apa pun kita tunggu pengumuman seterusnya dari pihak Marvel Studios ya!

Sumber: The Vocket

tex_admin