Ziela Jalil Kahwin Eizlan Yusof?

Tak sabar rasanya menunggu sidang media dari pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof pada 2 Disember ini apabila dia berjanji untuk merungkai segala persoalan tentang gosip pernikahannya yang dikatakan akan berlangsung tidak lama lagi dan mendapat tajaan berjumlah 2 juta ringgit. 

Baca: “Tunggu 2 Disember!” – Datuk Seri Eizlan Yusof

Namun belum sempat tibanya 2 Disember, terdapat spekulasi yang mengatakan calon isteri Eizlan ialah tak lain tak bukan, salah seorang teman baiknya, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil.

“Ya. Eizlan memang nak kahwin, tapi saya bukan calon isterinya,” jawab Ziela. 

Memetik laporan BH Online, spekulasi itu timbul gara-gara perkongsian Instagram Story yang dimuatnaik Ziela pada majlis sambutan lahir Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah, yang dihadirinya, Isnin lalu. 

Rakaman video tersebut turut menunjukkan tetamu memberi ucapan tahniah kepada Eizlan sambil Ziela duduk di sampingnya, lalu netizen mula membuat andaian bahawa Ziela adalah calon isteri kepada pelakon dan usahawan kacak itu. 

Ketika dihubungi BH Online, Ziela berkata dia tidak terkejut dengan gosip tersebut tetapi menafikan hubungan mereka lebih daripada seorang kawan.

Malah pemilik Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mendakwa mengenali wanita yang bakal berkahwin dengan duda kepada tiga cahaya mata itu. 

“Saya tidak terkejut dikaitkan dengan Eizlan kerana saya bukan calonnya.  Orang luar memang boleh membuat andaian sebab mereka tidak tahu cerita yang terjadi.

“Dalam lingkungan sahabat kami, masing-masing tahu cerita peribadi sesama sendiri.  Jadi, tidak mungkin akan berlaku apa-apa antara saya dan Eizlan.

“Bagaimanapun, sebagai sahabat, saya tentulah sangat gembira.  Ini kerana selepas sekian lama menduda, Eizlan akhirnya bakal berkahwin semula,” kata Ziela lagi.

Terdahulu Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shanti Khan pada 2007 dan bercerai talak satu 8 tahun kemudian. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zara (11), Zareef Yusof (9) dan Vie Zaara (6). 

Del14