Doa Dimakbulkan, Shukri Yahaya Dan Isteri Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua

Sebelum ini, pelakon Shukri Yahaya telah memuatnaik ucapan selamat ulangtahun perkahwinan buat isterinya Tya Adnan sambil memberi ‘hint’ mahukan anak lagi dengan menulis “Ameena dah letih hisap jari kaki dia tu” di kapsyen entri di instagramnya. 

Nampaknya masin mulut Shukri apabila doanya dimakbulkan  kerana pada hari yang sama, isterinya menerusi perkongsian di akaun instagramnya memuatnaik satu video di mana dia memberikan hadiah ‘kejutan’ buat suaminya itu.

Menerusi video tersebut, Shukri menjerit kegembiraan kerana tidak menyangka hadiah itu adalah alat ujian kehamilan dengan tanda positif hamil, memandangkan kotak yang diberikan besar, dan alat ujian kehamilan itu diletakkan di dalam kotak iPhone terbaharu dari Apple. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan teruja kerana doa pelakon itu untuk menimang cahaya mata kedua dimakbulkan dengan begitu cepat dan mengucapkan tahniah kerana keluarga kecil mereka bakal bertambah. 

Kami dari team Xtra turut tumpang gembira untuk pasangan Shukri Yahaya dan isteri. Terdahulu pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata bernama Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun. Nampaknya tak lama lagi, Ameena akan jadi seorang kakak! 

Kredit foto: Instagram @shukriyahaya & @tyaadnan
Del14