Zizan Razak Dah Popular Di Indonesia?

Sejak filem Kesempatan Keduda ditayangkan di pawagam Indonesia, wajah Zizan Razak mula dikenali di sana.

Peluang berlakon di bawah syarikat produksi pengacara dan pelakon Raffi Ahmad ternyata memberi impak dalam karier Zizan di sana.

“ Selepas filem ini ditayangkan, kelibat saya mula disedari. Peminat dan media Indonesia mula menyapa saya.

“ Maklum balas yang diterima memang baik sekali. Saya turut menerima tawaran untuk berlakon di sana cuma kekangan masa. Saya perlu fikir panjang sebelum bersetuju,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem Polis Evo 2, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dalam filem aksi, Polis Evo 2 pada 22 November ini.

Selain Zizan, aktor Hasnul Rahmat dan Syafie Naswip turut berlakon dalam filem ini.

SGMS Faida