Konsert By: Afiq Kandi November 14, 2023 @ 2:24pm

Konsert Malam Galau ST12, Disambut Meriah Peminat Malaysia

Konsert band popular Indonesia ST12 pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminatnya di Malaysia

Konsert malam galau ST12 merupaka kolaborasi pengiat seni serumpun apabila berjaya satukan pengkarya muzik dua negara menerusi kerjasama bersama Malam Galau. Antara artis-artis Malam Galau yang membuat persembahan adalah Syafiq Abdilah, Kazim Band, Aufahanie dan akhir sekali adalah Drama Band yang telah memberi persembahan cukup bertenaga dan menghangatkan suasana pada malam itu.

Kejayaan konsert yang dibawa secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Laskhar Entertainment telah berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat yang hadir untuk menikmati Malam Galau dan ST12 Concert In Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung selama hampir empat jam itu turut memuatkan 18 karya terbaik ST12 seperti Putih-Putih Melati, P.U.S.P.A, Jangan Pernah Berubah, Cari Pacar Lagi dan banyak lagi.

@xtra_my Kau meninggalkanku tanpa perasaan hingga ku jatuhkan air mata 🥲🥹 malam galau harini min lanje korang persembahan mantap dari ST12 🔥💥 #fyp #xtramy #st12 #malamgalau #janganpernahberubah #konsert #beritaditiktok #sembangentertaiment ♬ original sound – XTRA

Dalam pada itu, malam konsert tersebut bertambah meriah apabila hadirnya Firman Siagian yang menyanyikan tujuh buah lagu kumpulan itu dan single terkenal beliau, ‘Kehilangan’. Turut tidak dilupakan juga dengan kehadiran Hazama yang mendendangkan single kolaborasi sulung bersama ST12, ‘Harapan tak kunjung usai’.

Sebagai rekod, ST12 merupakan band popular Indonesia yang dianggotai oleh Pepep selaku drum, Pepeng dan Iman Rush selaku gitar, serta Aris Idol selaku vokalis. Nama ST12 sendiri merupakan kependekan dari Jalan Stesen Timur No. 12 yang merupakan tempat berkumpulnya band ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jan 2024

Mufti Pulau Pinang Gesa Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza Ditunda Demi Hormati Bulan Ramadan, Ini Respons Pihak Yayasan Nurjiwa

Ada sebab kenapa konsert Tokti perlu diteruskan. Nak tahu kenapa? Klik artikel XTRA okay✅

Hiburan Mon, 17 Jul 2023
Hiburan Sun, 10 Mar 2024