Hiburan By: Maya Basir July 17, 2023 @ 3:23pm

Penonton Puas Menyanyi & Menari, Ini Antara Perkara Menarik Pada Malam Kedua Konsert Rossa Another Journey: New Beginning

Malam kedua Konsert Rossa Another Journey: New Beginning berlangsung dengan penuh bertenaga dan disambut meriah dengan penonton yang membanjiri Zepp Kuala Lumpur.

Berlangsung pada Jumaat lalu, konsert yang dibawakan oleh Dream Festival Collaboration Vol. 3 ini mempersembahkan 24 buah lagu popular dan baharu Datuk Seri Rossa.

Pelbagai lagu hits dinyanyikan oleh Rossa antaranya Ayat-Ayat Cinta, Hati Yang Kau Sakiti, Pudar, Hey Ladies dan banyak lagi.

Selain itu, Rossa memperkenalkan lagu-lagu lain seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Khanti dan banyak lagi.

Selain menyanyikan lagu miliknya, Rossa turut membuat tribute lagu penyanyi mendiang Glenn Fredly yang berjudul Sekali Ini Saja.

Bagi malam kedua, konsert ini menampilkan penyanyi terkenal dari negara seberang, Mahalini dan penyanyi tempatan iaitu Zareef Sein.

Mahalini membawakan dua buah lagunya yang berjudul Sisa Rasa dan Sial yang mendapat sorakan penuh daripada peminat.

Pada masa sama, Mahalini juga berkongsi berita gembira dia bakal kembali pada tahun hadapan untuk melakukan konsert di Malaysia.

Zareef yang memulakan karier melalui program realiti Vokal Mania ini membawakan empat buat lagu termasuk berduet bersama Rossa.

Penutupan konsert diakhiri dengan lagu Hey Ladies serta iringan suara penonton menggegarkan dewan konsert itu selain dapat memperlihatkan bakat Rossa bermain dram.

Di malam pertama, konsert terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Rizky Febian dan Betrand Putra Onsu selaku artis undangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

People are Petitioning to the Government for Dispatch to Be Shut Down

It seems like people finally realise how damaging Dispatch’s reporting can be.

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

‘Kau ingat aku tak semak dengan kau? Berambus!’, Giliran Ozlynn Pula ‘Sekolahkan’ Netizen

Tulisnya, “Kadang mulut kau tu bau juboq (punggung) ayam macam mulut kau masa kau bertanya tanpa fikir perasaan orang”

Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

Craving for a Delicious Big Slab of Gorgeously Grilled Steak? Go to DoubleTree JB!

It’s a beautiful marbled meat grilled to perfection.