Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 10, 2024 @ 7:30pm

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Terbaik & Gah, 10,000 Penonton ‘Lepas Geram’ Karaoke Ramai-Ramai

‘Terbaik dan gah’ demikian perkataan yang mampu diungkap penulis bagi persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert solonya, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.

Tepat jam 8.30 malam, Axiata Arena bingit dengan sorakan peminat apabila menyaksikan penyanyi kesayangan ramai itu muncul di pentas utama dengan menyampaikan lagu Lebih Indah sebagai pembukaan.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, membuka pentas dengan segmen ‘Mimpi Ke Awan’ apabila mendendangkan lagu hits 7 Nasihat, Ganti, Purnama Merindu, Kesilapanku Keegoanmu, Sehebat Matahari, Menjaga Cintamu dan Romansa Kita.

Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa iaitu pertubuhan yang diasaskan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan rakyat Palestin.

Lebih bermakna, konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang memaparkan perjalanan karier seni Siti selama 28 tahun itu turut mempersembahkan segmen ‘Surat Harapan’ iaitu bagi mengenangkan nasib saudara di Gaza.

Dalam segmen tersebut Siti menyampaikan lagu-lagu hits yang jarang dipersembahkannya seperti Kurniaan Dalam Samaran, Salju Kasihnya, Oda Bumi Anbia dan Basyirah.

Ruang Axiata Arena terus bergema dengan sorakan kira-kira 10,000 penonton yang hadir apabila kemeriahan diteruskan dengan segmen ‘Mega Karaoke’.

Sebelum bermula, penonton ibarat melepaskan geram apabila sama-sama menyanyikan lagu ikonik, Kau Kekasihku secara karaoke sambil menanti kemunculan Siti bagi meneruskan persembahan.

Dengan susunan muzik yang sungguh mengasyikkan iringan maestro terkenal, Aubrey Suwito, Siti Nurhaliza tampil bertenaga menyanyikan lagu Debaran Cinta, Siapa Tak Mahu, Usah Diragui dan Azimat Cinta.

Suasana menjadi gamat apabila penyanyi popular Indonesia, Judika yang menjadi penyanyi undangan di konsert tersebut berduet bersama Siti menerusi lagu Dirgahayu, Seluruh Cinta dan Kisah Ku Inginkan.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza berduet dengan Judika

Tidak lengkap persembahan seorang Siti Nurhaliza tanpa dendangan lagu-lagu Irama Malaysia di setiap konsertnya.

Kemeriahan terus dirasai apabila segmen ‘Bayu Timur’ menyaksikan Siti menyanyikan lagu-lagu tradisional seperti Mahligai Permata, Cindai, Joget Senyum Memikat, Nirmala, Kurik Kundi, Magis dan Kalau Berkasih.

Tiga jam beraksi bernyanyi memberi kepuasan kepada peminat, Siti menghadiahkan lagu hits yang dipetik dari album terbaharunya, Sitism yang berjudul Menyapa Dunia sebagai penutup Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.

Antara rakan-rakan selebriti yang hadir di konsert tersebut adalah penyanyi Jaclyn Victor, Syamel, Ernie Zakri, Hael Husaini, Aisha Retno dan composer Hafiz Hamidun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Trending Sun, 19 Jun 2022
Featured Mon, 30 Sep 2024

Kemudi Konsert Terbesar Sepanjang 17 Tahun Dalam Industri, Afgan Akui Gementar

Wah, peminat-peminat Afgan boleh lah serbu tiket lekas! Very affordable! ❤️

Featured Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] First Time Pergi Dobi Layan Diri, Nora Danish Teruja – “This Is Fun Actually!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal Nora Danish di platform TikTok yang memaparkan dia sedang merakam suasana sebuah dobi di Perlis, baru-baru ini. Menurut Nora, ini merupakan pengalaman pertama dia ke dobi layan […]

Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Luar Negara Thu, 4 Aug 2022

Laudya Cynthia Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni

Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia lakonan.

error: Content is protected !!