Categories: Konsert

MPO Jazz Band ‘The Music Of Stevie Wonder’ Bersama Aisha Retno & Syafiq Abdillah Imbau Momen Manis!

Konsert tribute penyanyi dan komposer legenda Amerika, Stevie Wonder bersama Malaysian Filharmonik Orchestra (MPO) bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Dewan Filharmonik Petronas (DFP) berakhir dengan gemilang pada Sabtu lalu.

MPO pada kali ini membawa penyanyi meningkat naik, Aisha Retno dan Syafiq Abdillah sebagai vokalis lagu-lagu malar segar Stevie Wonder diiringi oleh MPO Jazz Band & Friends yang diketuai oleh pengarah muzik Marques Young.

Konsert yang berlangsung selama 1 jam setengah itu mengimbau kenangan masa lalu penonton-penonton yang hadir terutamanya buat peminat lagu-lagu hits Stevie Wonder.

Antara lagu yang dipersembahkan pada malam konsert dalam interprestasi jazz seperti ‘Don’t You Worry ‘Bout A Thing. Send One Your Love, I Wish, Rocket Love, Part Time Lover, Contusion, Golden Lady dan Sir Duke.

Di akhir konsert tersebut, Aisha dan Syafiq menunaikan permintaan pada penonton yang hadir dengan membawakan lagu kegemaran ramai iaitu Superstition.

Semasa konsert itu, Aisha mengalirkan air mata ketika membawakan lagu yang meruntun jiwa ‘These Three Words’ didekasikan khas buat keluarga terumanya ibu bapa atas sokongan tidak henti kepadanya sepanjang tiga tahun dalam industri seni.

Foto kredit: Dewan Filharmonik Petronas

Aqilah Paharuzi