Categories: Featured

Raymond Goh Meninggal Dunia

Penyampai berita TV3 Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd Zaman Goh dikhabarkan telah meninggal dunia, pada jam 10.40 di Hospital Assunta, jam 10.40 pagi tadi.

Memetik laporan Awani, jenazah penyampai berita itu akan dibawa ke Masjid At-Taqwa TTDI dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas Asar.

Sebelum ini, penyampai berita itu dikhabarkan dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar, pada 1 September yang lalu.

Namun, isteri Allayharham, Faridah Teh turut tampil membuat kenyataan membidas berita palsu tentang kematian suaminya yang tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai Berita Nightline TV3 Raymond Goh Kritikal, Rakan Penyampai Mohon Doa

ARTIKEL BERKAITAN: Pembaca Berita Raymond Goh Masih Hidup, Keluarga Minta Tidak Sebar Berita Palsu – “Masih Menerima Rawatan Di…”

Untuk makluman, Raymond merupakan pembaca berita Nightline TV3 dan sudah berkhidmat selama 30 tahun.

Fatin Nurain