#LaguXTRA By: Maya Basir June 22, 2023 @ 11:11am

#LaguXTRA: Tak Suka Muzik Video Seakan Jual Perempuan… Sharifah Husna Dengar Lagu Favorite Hari-Hari Untuk Rasa Tenang!

Minggu ini segmen lagu XTRA menampilkan pelakon cantik, Sharifah Husna untuk berkongsi tentang lagu kegemarannya!

Sebagai seorang penggemar lagu-lagu santai tapi memberi motivasi iaitu lagu nyanyian Rema bersama Selena Gomez yang berjudul Calm Down.

“Saya rasa sebab lagu tu ada fun vibes. Lagu tu boleh bagi hilang stress dengan masalah dekat Malaysia, masalah kerja which lagu ni boleh buat saya tenang.

“I can hear it the whole day. Saya masih dengar lagu tu dari first day lagu tu release sampai sekarang and my husband sampai nak muntah dengar,” ujarnya gelak kecil.

Selain lagu Calm Down, Into Your Arms nyanyian Ava Max versi TikTok juga menjadi kegemarannya kerana rentaknya yang sering bermain di minda.

“The tune tu very catchy and its always in your head. I cannot seems to forget the song,” kongsinya.

Berkongsi sama ada lebih suka lagu lama atau lagu baru, dia memilih lagu-lagu lama.

Menurutnya, sesetengah lagu zaman sekarang mempunyai lirik yang tidak bermoral dimana tidak sesuai untuk didengari oleh semua orang terutama ibu bapanya.

“Kalau sekarang ni mostly the words are very inappropriate and then rasa macam malunya nak dengar with my parents. But some songs are nice cuma saya prefer lagu dulu-dulu,” katanya.

Malah, dia berpendapat sesetengah muzik video zaman sekarang seakan menjadikan wanita sebagai objek seks.

“Most importantly, saya tak suka muzik video yang menunjukkan perempuan tu pakai seksi. Dia macam nak menjual perempuan.

“Come on, this is like dah zaman moden. Women don’t do that. Now women are doctors, they are smart women,” jelasnya tegas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 21 Dec 2023
#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
#LaguXTRA Thu, 7 Sep 2023
#LaguXTRA Thu, 1 Feb 2024
#LaguXTRA Thu, 6 Jul 2023

#LaguXTRA: Tidak Kira Masa, Adriana Adnan Pencinta Lagu Sendu – “Saya Rasa Macam Nak Dibohongi Supaya…”

Siapa dekat sini pun jenis suka dengar lagu sendu time happy juga? Kita geng dengan Adriana!

#LaguXTRA Thu, 30 Mar 2023

#LaguXTRA: Boleh ‘Relate’ Dengan Kehidupan, Lagu Kegemaran Shasha Abedul Sangat Dekat Dihatinya

Duduk sorang-sorang dengar lagu tu memang automatic jatuh air mata

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi ‘Helah’

Meremang weh! Sedap betul lagu Helah ni!

#LaguXTRA Fri, 23 Feb 2024
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Wahh, syahdu sampai menusuk kalbu! Bukan Sekadar Lafaz memang terbaik.

#LaguXTRA Thu, 8 Jun 2023

#LaguXTRA: K-Pop, English Rock & Hip-Hop, Insomniacks Minat Genre Lagu Berbeza?

Korang kena dengar jugak tau! Semua lagu favorite lagu dorang memang best