#LaguXTRA By: Maya Basir September 7, 2023 @ 6:50pm

#LaguXTRA: Bell Ngasri Tak Suka Dengar Lagu Lama, Elak Rasa Diri Dah Tua – “Lagu Sedih Ni Bahaya Sebab…”

Segmen Lagu XTRA minggu ini menampilkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) iaitu pelakon dan pelawak, Bell Ngasri.

Susulan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66, Bell memberitahu gemar mendengar lagu Tanggal 31 nyanyian Sudirman Arshad.

“Saya bersemangat dengar lagu Tanggal 31 sebab kita baru lepas Hari Kebangsaan dan lagu tu masih saya mainkan dan bersambung dengan lagu Hari Malaysia nanti,” ujarnya.

Manakala, lagu kegemaran sepanjang zaman yang disukainya ialah daripada Alleycats dan Innuendo kerana sedap didengar.

“All time favorite saya suka lagu Belaian Jiwa oleh Innuendo sebab dengar banyak kali pun tak bosan sampai hafal semua lirik.

“Saya suka juga lagu Alleycats yang berjudul Jika Kau Bercinta Lagi sebab pada saya lagu tu evergreen sampai sekarang masih best dengar dan melodi dia sedap,” katanya.

Sementara itu, Bell mengatakan dia mengelakkan diri daripada mendengar lagu-lagu yang sedih dan terlalu lama kerana tidak mahu merasakan diri sudah meningkat usia.

“Saya suka dengar lagu-lagu lama tapi hanya sesetengah saja sebab saya rasa nanti saya dah tua.

“Sebaik-baiknya saya memilih untuk tidak mendengar lagu-lagu yang terlalu lama melainkan lagu P Ramlee saya boleh dengar tapi hanya lagu yang ceria dan kelakar.

“Kalau dengar lagu sedih ni bahaya sebab saya risau nanti saya fikir saya dah tua dan rasa sedih nanti tapi kalau lagu yang ceria okay,” katanya lagi.

Pada masa sama, dia mengakui muzik memberi kesan dalam hidupnya dan gara-gara itu dia memilih lagu untuk didengari.

“Muzik sememangnya memberi kesan kepada hidup saya dan saya juga suka dengar lagu-lagu baru macam lagu Rumah Singgah oleh Fabio Asher.

“Lagu-lagu macam tu boleh bagi saya rasa ‘healing’ dan saya akan dengar berulang kali sebab nak relax,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Mar 2019
Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

Trending Thu, 4 Jul 2019

Misteri Mayat Tangki Air Terungkai, Polis Sahkan Rangka Mayat Milik Pelajar UITM Raub

Objek seperti rangka dan tulang ditemui di tangki air pada Mac lalu

Featured Sun, 7 Mar 2021

Kerajaan Bakal Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Baru, Bantuan Buat Sektor…

Pakej rangsangan ekonomi baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan baharu itu kali ini […]

Featured Fri, 16 Dec 2022
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Wed, 23 Sep 2020