#LaguXTRA By: Syamir Shafie October 9, 2023 @ 8:13pm

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi ‘Helah’

Penyanyi yang mempunyai vokal mantap, Puteri Khareeza, telah memberi peluang untuk membuat single terbaharu berjudul Helah. Lagu ini akan menjadi runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang mewarnai slot Samarinda di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam dan di platform Tonton.

Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh.

Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan?

Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Semoga Bahagia Ke Anak Cucu’- Qi Razali Gembira Dengar Nelydia Bakal Berkahwin

Masing-masing dah move on… jangan kata Qi sedih pulak tau!

Hiburan Sat, 30 Mar 2019
#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

“Jongkong Emas Palsu?? Apa ni?” – Putra Amaris

“Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun!,” dedah pelakon Putra Amaris yang didakwa terbabit dalam penjualan jongkong emas palsu. Menerusi Instagram miliknya, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam urusan jual beli jongkong emas seperti yang […]

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.