Hiburan By: SGMS Faida March 30, 2019 @ 4:51pm

‘ Bukan Tak Mahu Berlakon Tapi…’- Fattah Amin Jawab Laporan Kurang Job Lepas Kahwin

Pelakon Fattah Amin mengaku memperlahankan karier lakonannya sejak bergelar suami kepada aktres Fazura pada penghujung 2017.

Kata jejaka berusia 29 tahun ini, karier seninya tidak serancak dulu bukan kerana tidak menerima tawaran daripada mana-mana pihak produksi.

“ Ia keputusan saya sendiri dan bukan sebab saya tidak ada tawaran lagi. Saya mahu lebih teliti menerima tawaran yang datang.

“ Saya yang memilih untuk jarang muncul. Ini kerana bila sudah berkahwin, tanggungjawab saya sudah lain,” katanya.

Tambah Fattah, dia menafikan dirinya sukar menerima tawaran disebabkan kehadiran pelakon baharu yang ramai ketika ini.

“ Alhamdulillah tawaran sentiasa ada tetapi saya mahu lebih teliti. Saya juga perlu fokus dengan perniagaan dan projek lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah baru sahaja menghabiskan penggambaran filem epik Mat Kilau iaitu filem arahan Syamsul Yusof.

“ Saya membawakan watak sebagai Awang dalam filem itu. Ia adalah sebuah cerita dan watak berat. Antara cabaran yang saya perlu dilalui adalah menjayakan babak berendam di Sungai Perak pada jam tiga pagi.

“ Pada saya, naskhah ini akan membawa satu impak baharu dalam dunia perfileman. Pelakon yang turut menjayakan filem ini juga punya nama besar. Sudah pasti saya teruja bekerjasama dengan Datuk Adi Putra, Johan As’ari, Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su dan A Galak.

“ Kalau mahu katakan pecah panggung, itu adalah rezeki. Bagaimanapun, saya harap peminat akan memberikan sokongan dan karya ini mendapat sambutan hangat,” katanya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Aug 2021

“Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman”- Betty Rahmad Kini Bertudung

Pelakon, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi kisah penghijrahannya bersempena Awal Muharram Selasa lalu. Menerusi laman Instagramnya, Betty berkongsi kisah penghijrahannya setelah melihat anaknya, Ardy […]

Hiburan Mon, 24 Feb 2020
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Fasa baru dalam hidup Issey!

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。