Kes Mahkamah By: Atiqah Johari April 4, 2024 @ 3:37pm

“Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui terkejut dengan keputusan suaminya pelakon, Aliff Aziz yang enggan menceraikannya hari ini.

Malah, dia juga tidak menyangka isu ini akan berpanjangan dan tidak selesai pada hari ini.

Bella berkata sedemikian selepas tamat sebutan kedua kes cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.

“Saya dah penat sebenarnya. Memang tak sangka dengan apa keputusan yang dia bagitahu hari ini. Selebihnya saya bagi peguam jawab sebab saya rasa dah cukup apa yang saya sampaikan semalam.

“Saya tak sangka. Saya ingat hari ini akan selesai semuanya,” katanya.

Manakala, menurut peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais menyatakan pihak defendan menyatakan tidak bersetuju untuk menceraikan anak guamnya.

“Defendan (Aliff) telah hadir bersama peguamnya untuk menyatakan pendirian sama ada ingin bercerai atau tidak tetapi ternyata defendan tidak bersetuju.

“Kami telah memohon mahkamah untuk menasihati defendan mempertimbangkan kembali keputusannya selepas mengambil kira perbalahan dan peristiwa yang berlaku seminggu lalu.

“Lalu Hakim telah menasihati Alif Aziz untuk memikirkan semula keputusannya namun dia teguh dengan keputusannya untuk tidak menceraikan Bella kerana dia kata perlukan masa,” jelas Azmi.

Terdahulu, Bella telah memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 12 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Gunakan Semua Peluang Untuk Selamatkan” – Aliff Aziz Enggan Cerai, Mahu Pertahan Rumah Tangga Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Saya Letak Recorder Dalam Kereta Sejak…” – Bella Astillah Dedah Ada Bukti Perbualan Jijik Antara Aliff Aziz, Ruhainies

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tiba-Tiba Nak Cerai Lepas Habis ‘Shooting’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 25 Sep 2022
Featured Tue, 7 Apr 2020
Trending Wed, 28 Oct 2020
Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Trending Sat, 6 Oct 2018

PANAS! Bakal Pengantin Bengang Mahligai Impian Gulung Tikar

Perkahwinan adalah saat yang indah untuk dikenang tetapi bila ditipu seminggu sebelum majlis bagaimana . Terkini Mahligai Impian memusnahkan impian pengantin