Hiburan By: Atiqah Johari April 30, 2024 @ 7:19pm

Media Prima Audio Kukuh Kedudukan, Hot FM Kekal Radio No.1 Malaysia Dengan Lebih 4 Juta Pendengar Mingguan

Media Prima Audio (MPA) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan terkini pendengarannya dari kajian Nielsen dan Consumer & Media View (CMV) bagi Januari hingga Disember 2023.

Kajian ini menilai Pendengaran Minggu Lalu di kalangan individu berumur 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, memperlihatkan prestasi peningkatan berterusan yang konsisten Media Prima Audio dan keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan kehendak peminat.

Keputusan menunjukkan peningkatan yang kukuh dalam jumlah pendengar kami, dengan stesen radio MPA kini mencapai jumlah pendengar mingguan sebanyak 5.6 juta, peningkatan lebih daripada 100,000 pendengar berbanding tahun lepas.

Tiga Kali Berturut Hot FM Stesen No.1 Malaysia!

Hot FM kekal sebagai stesen radio no.1 di Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut, dengan hampir 4 juta pendengar mingguan, hasil daripada kempen-kempen yang berjaya seperti perlawanan persahabatan dengan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim F.C. (JDT) yang menampilkan KJ, personaliti Hot FM bersama selebriti, dan juga kejayaan PIKNIK Bekpes Hot tour bersama Gardenia.

Fly FM Radio Bahasa Inggeris Paling Popular

Fly FM mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio berbahasa Inggeris yang paling popular di Malaysia, dengan 2.15 juta pendengar mingguan. Inovasi seperti pengenalan Aina sebagai personaliti radio AI pertama di Malaysia, bersama-sama dengan acara lapangan yang menarik seperti pemberian Sirap Bandung Cincau di konsert Black Pink, dan Fly Nite Club Tour, telah menyumbang kepada popularitinya yang berterusan.

Kool 101 Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Kool 101, stesen radio berbahasa Melayu kami yang ke dua, telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa. Sejak penjenamaannya semula, ia telah menarik sebanyak 234,000 pendengar dalam hanya enam bulan dengan membawakan cerita sosial semasa dan trend kepada peminatnya. Kool 101 telah berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia melalui penyampaian cerita dan kisah yang positif serta kisah yang memberi inspirasi kepada peminatnya.

Eight FM Tarik Lebih 500,000 Pendengar Mingguan

Eight FM, stesen berbahasa Cina di bawah MPA, terus menarik sebanyak 506,000 pendengar mingguan. Ia mengekalkan komitmennya untuk menyampaikan gaya kandungan peningkatan diri yang unik. Pangkalan pendengar yang konsisten stesen ini adalah bukti kepada pengaruh positif yang ia miliki ke atas kehidupan peminatnya.

Ketua pegawai eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran, berkata, “Kami berdedikasi kepada kecemerlangan dalam mencipta kandungan untuk pelbagai platform. Seiring dengan era digital, fokus kami adalah untuk membentuk serta memberi kandungan yang sangat menarik dan “fresh” secara tidak langsung boleh berhubung terus dengan peminat di semua jenama kami dan dapat menjangkaunya di mana sahaja mereka berinteraksi dengan kami.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Mon, 10 Apr 2023

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Tak baik kata macam tu… bulan puasa kot ni😤

Trending Thu, 15 Nov 2018

Digigit Monyet ‘Samseng’, Bayi 12 Hari Maut

Bayi itu digigit di bahagian kepala dan ditinggalkan ketika dikejar orang ramai bersenjata batu dan kayu.

Featured Fri, 17 Feb 2023
Trending Sun, 17 Apr 2022