Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2023 @ 5:30pm

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Pempengaruh media sosial yang juga kekasih kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai MZ menegaskan, dia dan Shila tidak bersekedudukan seperti mana yang didakwa segelintir netizen.

Menurut Ubai, kekerapannya berkunjung ke rumah penyanyi itu adalah bertujuan untuk berbuka dan moreh bersama rakan-rakan terdekat memandangkan Shila juga duduk berseorangan.

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah. Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakannya adalah akaun palsu.

“Bila Sha ‘live’ seorang pasti orang tanya Ubai mana? Apabila buat bersama orang tanya pula duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini, cuma saya masih baru lagi.

“Lagipun Sha duduk seorang diri. Cuma, kadang-kadang saya ajak kawan-kawan untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya. Nak cakap duduk serumah tu jauh sekali. Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengaku hubungannya dengan Shila kini berada dalam fasa yang serius dan memohon agar semua peminat di luar sana mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Insya-Allah hubungan saya dengan Sha serius. Mungkin ada sinar kebaikan pada bulan Ramadan ini. Doa saja yang baik-baik,”jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Terbaharu, menerusi pemerhatian XTRA di TikTok, Ubai kelihatan sempat menghabiskan masa berbuka puasa bersama-sama ibu dan adik-beradik Shila yang lain.

“Sementara tunggu adik-beradik yang lain tak sampai lagi… alright tak alright ni? Ubai dan mama okay ke tu? Duduk depan-depan macam ni, malu-malu … siapa yang nak kahwin sekarang ni?,” kata Shila ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat gembira melihat hubungan Ubai dan Shila, malah mendoakan agar keduanya dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segala urusan.

 

 

Sumber: Harian Metro, Tiktok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Featured Wed, 31 Jul 2019

Lutut dan siku anda hitam? Putihkan dengan 6 bahan semula jadi ini

Di rumah pun anda boleh jumpa bahan-bahan ini.

Trending Mon, 27 Nov 2017

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Ramai Terperangkap Di Bali

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Masih Ramai Tak Dapat Pulang Dari Bali

Filem Wed, 8 Apr 2026

Gayong 2 Tampil Lebih Epik, Ini 3 Sebab Kenapa Filem Ini Wajib Ditonton

Jom semak tiga sebab utama kenapa Gayong 2 perlu ada dalam senarai tontonan anda!

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

Events Wed, 26 Sep 2018
Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

error: Content is protected !!