Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2023 @ 5:46pm

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengaku seronok apabila diberi peluang bersanding kali kedua sewaktu majlis aqiqah anak sulungnya, Raja Urhan yang kini berusia 7 bulan dan sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di putra Glass Hall baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dan suami, Raja Shahiran, 28,  tidak berkesempatan melakukan majlis resepsi sebelum ini kerana pada ketika itu dia telahpun berbadan dua.

“Alhamdulillah, kami pun pakai baju tradisional Melayu dan tetamu yang datang pun menggayakan pakaian tradisional juga. Jadi, seronoklah majlis aqiqah, sambutan hari raya dan sambutan  ala-ala resepsi perkahwinan kami yang diadakan serentak.

“Kami tumpang majlis aqiqah anak dan rumah terbuka hari raya juga untuk merasai ‘ala-ala bersanding’. Sebab selepas nikah dulu tidak dapat buat resepsi. Dan pada waktu itu pun, kira-kira 100 tetamu saja yang hadir,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Dalam pada itu, majlis yang berkonsepkan klasik tradisional berkenaan turut dihadiri lebih 350 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.

Malah, majlis yang diadakan dengan cukup meriah itu diserikan lagi dengan sketsa Musang Berjanggut dan tarian Ketipang Payung serta nyanyian dari  Datuk Nora Ariffin menerusi lagu popularnya berjudul, Desa Tercinta.

Dalam perkembangan lain, pengacara popular Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 itu memaklumkan,  dia tidak pernah terfikir untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak dan lebih selesa anak lelakinya itu berada di bawah jagaan pembantu rumah ketika dia keluar bekerja.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Featured Thu, 1 Aug 2019
Trending Mon, 2 Nov 2020
Featured Wed, 17 Oct 2018

5 Tip Pemilihan Fabrik Busana Perkahwinan Ikut Bentuk Badan. Barulah Selesa!

Kalau silap pilih fabrik boleh buat anda rasa tak selesa atas pelamin!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Trending Thu, 6 Jul 2023