Trending By: Salma Syahbuddin October 28, 2020 @ 2:09pm

KKM Saran Tiada Pilihan Raya Dalam Masa Terdekat

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar tiada sebarang pilihan raya diadakan dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya pilihan raya tetap akan dijalankan, KKM akan mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya.

Tidak boleh rentas sempadan, balik kampung ATAU…

Antara isu yang akan dibincangkan jika pilihan raya tetap akan diadakan ialah, tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya.

Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. Jadi ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada boleh laksanakan undi pos dan sebagainya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan pematuhan SOP adalah sangat penting.

“Walaupun SOP itu ada, tetapi apa yang lebih penting adalah pematuhan SOP. Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah (pilihan raya). Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain,” Jelasnya.

Ini kerana, barisan hadapan juga terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023

Berjaya Jampi Penonton DFP, Khai Bahar Terpaksa Lupakan Sakit Demi Peminat, Siap Bergelek Lagi!

Rugi yang tak datang konsert solo Khai Bahar! Meriah❤️🔥🔥

Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Featured Wed, 3 May 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Tue, 7 Apr 2020