Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 27, 2023 @ 12:21pm

Tahniah, Isteri Remy Ishak Selamat Bersalin Anak Pertama!

Pelakon popular Remy Ishak tampil mengumumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan anak sulung mereka, di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, pada 11.17 pagi tadi.

Berita gembira itu telah diumumkan oleh Remy menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Remy sempat berkongsi keadaan isteri dan anaknya yang kini dalam kondisi yang baik dan sihat.

Namun, setakat ini pelakon itu masih belum mendedahkan wajah dan jantina anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11:17am, bertarikh 27 julai 2023. di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah. sekian terima kasih #remyishak #ezzayusof #ohbabyremy #remyezza,” tulisnya.

Terdahulu, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Sun, 18 Jul 2021

Permohonan i-Citra Tidak Berjaya ? Jom Cuba Cara Ini!

Umum maklum, para pencarum KWSP kini boleh menyemak keputusan permohonan i-Citra yang bermula 12 Julai lalu. Namun, masih ada segelintir  permohonan yang tidak diluluskan oleh i-Citra Justeru bagi mereka yang menerima keputusan tidak berjaya. Anda […]

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

error: Content is protected !!