Categories: LIFESTYLE

3 Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara

 3 tips cara jimat untuk melancong dalam negara seperti yang dikongsikan oleh laman web Cari Destinasi ini. Nak bercuti boleh tapi jangan sampai membazir. Tips nombor 3 tu mungkin boleh cuba buat, mana tahu nasib anda baik. Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua !

1. Cari tempat pelancongan yang kurang popular tetapi tetap menarik.

Apa nak buat, andai kata anda perlu juga bercuti pada musim cuti penggal sekolah juga, apa kata beralih angin ke tempat menarik di Malaysia yang kurang popular.

Sebenarnya, banyak tempat menarik di Malaysia yang underrated tetapi boleh dikatakan destinasi yang sesuai untuk bercuti.

Percutian ke pulau? Kalau sebut pasal bercuti ke pulau, memang tiada tempat lain yang bermain di benak fikiran kita sama ada Langkawi, Pangkor, Redang dan Tioman. Memang benar pulau ini cantik, tapi ada lagi pulau-pulau lain yang kurang popular seperti di Terengganu, Johor dan Sabah.

2. Pergi bercuti pada bukan masa cuti sekolah/peak season.

Harga penginapan hotel lebih mahal daripada hari-hari biasa. Harga tiket penerbangan juga melambung tinggi. Tambah-tambah kalau booking last minute.

Super duper traffic jam dan semak dengan kenderaan di jalan raya. Kena beratur panjang gila kalau nak lakukan aktiviti pelancongan, contohnya kalau nak naik kereta kabel di Pulau Langkawi, boleh tunggu janggut jawabnya menunggu giliran.

Jadi kesimpulannya, sama ada anda susah nak ambil cuti atau tidak, disarankan sangat-sangat untuk pergi pada hari-hari biasa. Simpan cuti tahunan untuk bercuti dengan keluarga pada bukan musim percutian penggal atau musim kemuncak.

3. Beli secara online tiket penerbangan selepas waktu malam pada weekday.

Tips ini saya sendiri pernah alami ketika membeli tiket pada lewat malam sekitar pukul 1 pagi tetapi pada waktu itu terfikir :

”eh kenapa harga macam murah pulak? semalam macam mahal sedikit”

Pada awalnya rasa macam ”mungkin aku salah lihat kot”, rupa-rupanya memang harga dia jatuh selepas lewat malam. Namun atas nasiblah, kawan-kawan pun ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika membeli tiket online pada waktu lewat malam.

Beli tiket pada hari weekday kerana pada hujung minggu biasanya harga lebih mahal. Kalau anda selalu guna portal Air Asia, mereka ada kemudahan filter untuk mencari tiket yang murah pada hari-hari tertentu.

SGMS Enal