Categories: Parenting

Elak Perut Bayi Kembung, Ini Tip Efektif Untuk Sendawakan Bayi Anda

Walaupun dah diberi minum susu, kadangkala bayi anda akan merengek. Aik? Dah kenyang pun merengek? Kenapa, ya?

Sebenarnya, itu bermakna perut bayi anda tengah kembung, jadi dia rasa tak selesa. Itu sebabnya dia merengek.

Macam mana ini boleh terjadi? Ketika meminum susu, bayi anda akan tertelan sekali udara. Gas-gas yang terperangkap di dalam perut bayi ini akan membuatkannya rasa berangin.

Kalau dia rasa selesa pun, dia akan rasa kenyang. Itu sebabnya dia hanya berselera untuk minum sikit saja air susu.

Tahukah anda? Perut kembung ini akan berlaku jika bayi itu meminum air susu dengan cepat kerana lapar.

Ia selalu berlaku jika dia menyusu dari botol tapi kalau dia menyusu badan pun, ada potensi juga untuk tertelan udara.

Untuk mengelakkan daripada kekembungan perut ini membuatkan anak anda rasa tak selesa, anda perlu keluarkan angin tersebut dengan menyendawakannya.

Ada 3 posisi yang efektif:

Foto: mamapeduli.blogspot.my

1. Sandarkan bayi pada bahu

Dukung bayi dengan dan tangan sandarkan pada bahu. Tepuk belakang bayi anda perlahan-lahan sampailah dia sendawa.

2. Tiarapkan bayi di atas peha

Pegang dada bayi dengan sebelah tangan, tepuk dan urut belakang bayi perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

3. Dudukkan bayi di atas peha

Letakkan bayi di dalam pangkuan anda di dalam posisi duduk, dan sokong badan bayi anda dengan memegang bahagian bawah tulang rahang atau bahagian atas dada bayi anda. Dengan tangan yang lagi satu, tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan.

Foto: Shutterstock

Tips lain:

Bayi anda berpotensi untuk muntah, jadi jaga pakaian anda daripada terkena. Sediakan kain lap, just in case.

Tepukan atau urutan yang perlahan selalunya cukup untuk mengeluarkan sendawa, tapi untuk sesetengah bayi, kena kuat sikit.

Tumpukan tepukan atau urutan di bahagian kiri belakang bayi, kerana berdekatan situlah terletaknya perut bayi.

Kalau anak anda merengek ketika menyusu, ini bermakna ada angin di dalam perutnya. Hentikan susuan dan cuba sendawakannya dulu. Kemudian barulah sambung balik.

Sumber: The Asian Parent

Ad Ops