Categories: LIFESTYLE

Ada Risiko Kalau Hujan Musim Jerebu

Bacaan IPU yang tinggi telah menyebabkan pemandangan di persekitaran menjadi samar-samar kerana dilitupi udara yang tercemar dengan asap jerebu. Udara yang tercemar ini secara langsungnya akan menjejaskan saluran pernafasan kita. Justeru daripada itu, orang ramai dinasihatkan meminimakan aktiviti-aktiviti luar sehingga bacaan IPU berada di tahap yang baik.

Umum sedia maklum bahawa kerajaan juga turut berusaha untuk menangani musim jerebu ini dengan membuat pembenihan awan. Kaedah pembenihan awam ini digunakan dengan harapan agar hujan dapat turun sekali gus meningkatkan kualiti udara seperti sedia kala. Namun begitu, hujan yang turun ketika musim jerebu ini merupakan hujan yang berasid hasil daripada campuran partikel yang terdapat di dalam udara kita pada masa ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu hujan asid, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia seperti berikut:

Hujan yang turun sekali sekala kini memang banyak membantu untuk mengurangkan kesan jerebu. Suhu dan bahang panas juga dapat dikurangkan.

Walaupun hujan yang turun itu bagai satu rahmat, tetapi hasil campuran air hujan dan jerebu turut memberi kesan negatif kepada ekosistem dan manusia. Ia bukan sekadar hujan biasa, tetapi HUJAN BERASID.

Hujan Asid adalah hujan yang turun yang mempunyai komposisi berasid. Hujan asid berpunca dari gas Sulfur Dioxide dan Nitrogen Oxide yang bertindak balas dengan air hujan untuk menghasilkan hujan yang berasid.

Kesan Kepada Manusia

Kerana air hujan yang turun telah cair, kesan langsung tidak dapat di lihat dalam masa singkat. Ia tidak sama dengan kesan disimbah asid pekat

Partikel halus bahan pencemar boleh di hidu masuk ke paru paru dan menyebabkan radang berlaku. Risiko astma, bronkitis dan jangkitan paru paru turut meningkat.

Walaupun risiko dan kesan langsung terkena air hujan berasid ini TIDAK DIKETAHUI, mungkin ada baiknya sekiranya anda mengelakkan dari berada di luar rumah semasa hujan sedang turun.

Hujan asid hanya boleh dicegah dengan mengelakkan pencemaran udara dari berlaku. Moga episod jerebu kali ini akan berakhir segera

Sumber: Public Health Malaysia

SGMS Enal