Categories: LIFESTYLEStylo

Alamak, Tersalah Hantar Mesej… Sempat Padam Tak Ni?

Tersalah hantar pesanan menerusi WhatsApp? Jika dulu korang hanya ada tujuh minit masa untuk memadam perbualan, kini aplikasi berkenaan dah dikemas kini dan memberi korang lebih masa. Phew… lega wak!

Menerusi Aplikasi WhatsApp versi 2.18.31 buat pengguna iOS yang dikemas kini, pengguna aplikasi ini hanya boleh membuang teks ataupun ‘delete for everyone’ yang sebelum ini diberi masa dalam tujuh minit kini dipanjangkan sehingga  satu jam.

Selepas tempoh tersebut, teks yang ingin dipadam masih boleh dilakukan tetapi hanya untuk kegunaan individu sahaja.

Walaupun para pengguna dapat melakukan ‘padam untuk semua’ atau ‘delete for everyone’, pengguna lain masih dapat mengetahui terdapat teks yang dipadam.

Okay lah tu, banyak perubahan dari pihak Whatsapp yang kita patut berterima-kasih. Manalah tahu korang tersalah hantar mesej ke orang yang bukan sepatutnya, eh?

 

SGMS Faida