Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Anak Tak Mahu Makan Nasi? Cuba Nugget Nasi

Pasti ramai dalam kalangan ibu bapa merasa risau jika anak-anak mereka lebih gemar makan makanan segera seperti nugget berbanding makan nasi. Makan terlampau kerap makanan segera boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri terutamanya kepada kanak-kanak.

Wanita bernama Siti Khadijah Haron ini telah berkongsi resepi mudah bagaimana hendak membuat nugget nasi secara frozen untuk anak-anak terutamanya anak-anak yang tidak gemar makan nasi.

Mari kita cuba resepi ini!

Alhamdulillah..nugget nasi frozen untuk anak-anak.. yang penting homemade..
Ilham dari ahli group mahn..tapi saya olah sikit resepinye ikut cara saya..

Bahan-bahan

Nasi panas (baru masak)
Ayam cincang (mentah)
Serbuk perasa
Garam

Gaul-gaulkan semua bahan-bahan kat atas..lenyek-lenyekkan..lepas tu kepal-kepal..tekankan bagi leper..celup telur..salutkan dengan breadcrump..frozen kan..lepas tu boleh goreng..confirm anak-anak suka..

SGMS Enal