Categories: LIFESTYLE

Bengkak Pada Leher Mungkin Petanda Kanser?

engkak pada bahagian leher ini dikatakan merupakan petanda awal yang akan timbul bagi seseorang yang menghidapi sakit kanser.

Oleh itu, sekiranya anda atau ada ahli keluarga yang menghidapi masalah ini, segeralah rujuk ke doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Ikuti penjelasan dari Dr Ezairy M. Sallih di laman Facebooknya tentang kaitan bengkak pada leher dan sakit kanser.

“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”

Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.

Ia mungkin salah satu petanda kanser!

Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, limfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.

Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.

Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung, seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.

Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.

Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

SGMS Enal