Categories: LIFESTYLE

Cara Atasi Mengantuk Selepas Makan Tengahari?

Pernahkah anda terfikir, mengapa anda terasa mengantuk selepas anda makan tengahari, walaupun anda telah mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam?

Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi perkara ini?

Sekiranya anda seorang pelajar ataupun seorang pekerja yang memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi semasa bekerja, masalah ini pasti akan membebankan anda, oleh hal yang demikian, di sini kami senaraikan cara-cara untuk mengatasi masalah mengantuk selepas anda makan tengahari :

1. Jangan sesekali “skip” sarapan pagi

Sarapan merupakan perbuatan yang cukup terkenal akan kepentingannya untuk menjaga tubuh badan serta minda anda. Begitu juga di dalam hal ini, sarapan merupakan perkara yang amat penting bagi memastikan badan anda tidak berasa letih dan mengantuk selepas makan tengahari. Hal ini demikian kerana sarapan akan membekalkan tenaga utama anda sepanjang hari, dan sekiranya anda meninggalkan sarapan pagi, anda akan terasa sangat lapar dan akan menyebabkan anda mengambil makanan tengahri dengan banyak.

2. Kurangkan pengambilan makanan tengahari

Pengambilan makanan yang banyak akan menyebabkan tubuh badan anda menggunakan tenaga yang banyak untuk menajalankan proses pencernaan, seperti yang telah dibincangkan di atas. Oleh hal yang demikian, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan tengahari anda dengan mengamalkan konsep “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”.

3. Senaman ringan selepas makan 

Amalakna senaman ringan selepas anda makan tengahari. Senaman yang paling sesuai dan berkesan adalah dengan berjalan selama 5-10 minit di luar. Melalui senaman ringan tersebut, ia akan mengoptimumkan pengedaran oksigen di dalam tubuh badan anda bagi memastikan anda kekal sihat dan cergas sepanjang hari tanpa merasa letih dan lesu selepas makan tengahari.

4. Dapatkan nasihat doktor

Sekiranya anda mengalami masalah tubuh badan yang lesu sepanjang masa, cuba dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini demikian kerana, kemungkinan tubuh badan anda mengalami kekurangan vitamin ataupun mineral. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup dan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pengambilan makanan yang seimbang.

Amalakan gaya hidup yang sihat dan rancanglah pengambilan makanan seharian anda. Pastikan anda mematuhi jadual pemakanan yang betul dan mengikuti piramid makanan.

SGMS Enal