Categories: LIFESTYLE

Anak Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik

Hati-hati jika anak kita mengadu sesuatu tersumbat pada hidung, susah bernafas dan kerap berair pada sebelah hidung sahaja.

Ia amat berbahaya kerana risiko tersedut ke salur pernafasan. Untuk objek seperti bateri, lebih berbahaya akibat kandungannya yang boleh mengakibatkan kesan lebih buruk pada lapisan dinding hidung.

Jom ikuti perkongsian dari doktor untuk rawatan awal

  • Periksa dengan doktor adalah langkah pertama harus anda buat. Doktor akan melakukan pemeriksaan dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti skop contohnya untuk mengesahkan objek tersebut.
  • Pemeriksaan klinikal dari luaran sahaja ada kalanya sukar terutama jika ibubapa tidak nampak/tidak pasti anak memasukkan sesuatu ke hidung, dan jika objek tersebut tidak mengeluarkan cecair yang berbau busuk.
  • Jangan buat tindakan sendiri di rumah. Cubaan untuk mengeluarkannya sendiri hanya akan membuatkan anak kita trauma dan doktor akan menghadapi lebih kesukaran di hospital.

Tanda-tanda biasa ada sesuatu objek pada hidung dan telah berlaku jangkitan :

1. Anak mengadu sukar bernafas sebelah hidung. Ini sukar diperoleh jika anak terlalu kecil seperti bayi.

2. Berterusan selsema atau bersin pada sebelah hidung sahaja.

3. Pembengkakan pada luar hidung dan boleh merebak ke mata. Biasa berlaku pada sebelah sahaja dulu akibat jangkitan telah berlaku. Lebih cepat jika bahan organik seperi makanan, serangga dan objek seperti bateri.

4. Aduan dan dilihat oleh penjaga. Ini paling penting. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak tidak bermain dengan objek kecil yang berpotensi untuk dimasuk ke hidung. Yang biasa saya temui, guli kecil, bateri jam, mainan kecil, gabus dan sebagainya.

Dr. Ezairy M.Sallih

SGMS Enal