Jom Sertai Bazaar Selebriti Festival GT Asia Di Sepang F1

Buat pertama kali, Asia GT Festival bakal tiba di Malaysia! Perlumbaan hebat ini akan diadakan pada 15 -17 Mac 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Festival perlumbaan ini turut menyaksikan 30 buah jentera lumba GT dari serata dunia dengan ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM5.45 juta (RMB 9,000,000)!

Festival GT Asia merupakan acara motorspot yang menampilkan jenama automotif terkemuka dunia. Acara ini adalah satu inisiatif kerjasama antara Country Heights dan Goldenport Enterprise dari China, dengan persetujuan selama lima tahun.

Acara ini turut dimeriahkan dengan  bazaar dan vendor selebriti terkenal seperti Joe Flizzow, Elly Raja Lawak, Linora Low, KTown Clan. Pengarah Eksekutif Country Heights, Matahari Lee berkata, Festival GT Asia akan membawakan pengalaman yang menarik dan terbaik malah festival ini juga sesuai untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur. 

“Kami menyediakan bazaar selebriti sebagai platform untuk para artis dan masyarakat tempatan mempamerkan bakat sedia ada mereka, pengunjung boleh menilai dan menghargai hasil karya mereka”. 

Festival ini memperkenalkan China GT, MST, MotoNation and Celeb bazaar. Seramai lebih 35 penyertaan GT, 200 pelumba tempatan, 40 vendor, 50 selebriti tempatan.  Pelbagai hiburan, aktiviti luar sepeti flying fox, rock climbing, food truck juga turud disediakan!

Apa yang paling menarik sepanjang Festival GT Asia? Festival GT Asia pada kali ini sangat istimewa kerana ianya merupakan acara tahunan terbesar.

Tiket untuk Festival GT Asia kini boleh didapati dan boleh dibeli menerusi laman Facebook MotoNation atau laman sesawang rasmi motonation.com.my.bermula serendah RM 20- RM 350. Buat korang yang nak datang bersama-sama family dan risau sekiranya tiada tempat untuk meletak kenderaan. Berita baik buat korang, tampat arking adalah percuma!

Antara pelumba tempatan yang akan memeriahkan lagi Festival Asia GT adalah Jazeman Jaafar dan Dominic Ang dan ramai lagi. Apa tunggu lagi jom sama-sama kita dapatkan tiket dan sertai festival perlumbaan paling hebat ini!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”