Categories: LIFESTYLE

Kenali Ciri-ciri Anak Lambat Cakap

Ramai bayi boleh menyebut perkataan asas seperti ‘dada’, ‘mamam’, ‘no’ dan sebarang perkataan pendek lain sebelum berusia setahun. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan bayi akan menutur lebih 50 perkataan apabila mencecah usia 18 bulan.

Tetapi bagaimana kalau seseorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun masih sukar untuk menutur dengan lancar dan hanya boleh bercakap dua perkataan sahaja?

Ini adalah peranan penting ibu bapa untuk mengenal pasti perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak. Setiap proses harus diberi perhatian untuk mengenal pasti sama ada pencapaian anak anda ada pada tahap sewajarnya atau tidak.

Anak yang mempunyai masalah lambat bercakap biasanya boleh pulih apabila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa sebarang campur tangan individu dewasa.

Manakala anak dengan gangguan percakapan pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan (bantuan) untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi terlalu ketara apabila mereka membesar.

Ciri-ciri anak lambat cakap

  • Anak anda mungkin mempunyai masalah lambat bercakap apabila hanya boleh menutur perkataan pertama mereka selepas berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan).
  • Anak anda seharusnya boleh menuturkan ayat dengan dua perkataan seperti “nak mama” pada usia 2 tahun dan ayat dengan tiga perkataan pada usia 3 tahun seperti “mama, nak susu” dan seterusnya mengikut pertambahan usia.
  • Menggunakan bahasa bayi untuk jangka masa yang lama.

Ramai yang bertanya, betul ke anak lelaki lebih lambat bercakap dari anak perempuan? Ya, ikut kajian perkara ini benar. Namun, setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.

Sumber: Hellodoktor

SGMS Enal