erlupa sesuatu ketika sedang bila berjalan. Bagi para ibu dan isteri pula mungkin sudah biasa terlupa senarai barang ketika pergi ke pasaraya. Bila balik je, penuh troli dengan barang lain. Haha.
Jangan risau. Terlupa ketika berjalan ini merupakan perkara biasa dan tidak menandakan kelemahan memori kita. Fenomena ini dinamakan ‘Doorway Effect’.
Saintis turut merujuk fenomena ini sebagai kesan pengemaskinian lokasi (location-updating effect). Masuk sahaja tempat baru, memori kita akan menyediakan ruang untuk pengalaman baru.
Pernah tak anda teringat sesuatu kenangan selepas terhidu bau wangian seperti bedak dan sabun?
Hal ini kerana memori kita berkait dengan persekitaran fizikal dan mental yang mempunyai konteks sendiri seperti bau dan susunan perabot di sesuatu tempat.
Sebab itulah bila kita terhidu bau yang dikenali atau pulang ke kampung atau mana-mana tempat yang banyak kenangan, kita akan terimbau kembali memori-memori yang lepas.
Walaubagaimanapun, fenomena ini merupakan suatu yang normal dan tiada kaitan dengan kelemahan daya ingatan, skil kognitif dan kecerdasan anda. Jadi, jangan risau! Anda belum nyanyuk.
Sumber: BBC, Scientific American, Science ABC
Ini penjelasan Redza
Kita serahkan pada pihak berwajib lah ye!
"Disebabkan tindakan saya, inilah harga yang paling mahal saya perlu bayar," - Aliff Aziz
cinta tak seharusnya memiliki