Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Pelakon veteran, Fauziah Nawi memaklumkan jenazah anaknya, Pitt Hanif telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), sebentar tadi.

Fauziah berkata, beliau dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.

“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” umum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.

Allahyarham yang berusia 43 tahun juga seorang pengarah filem lemas sejak semalam selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.

SGMS Faida