Categories: LIFESTYLE

Khasiat Daun Sireh Bagi Bayi

 perkongsian Puan Shikin, beliau lebih cenderung memilih rawatan tradisional dengan menggunakan daun sireh sebagai penawar masalah selesema dan hidung tersumbat anaknya.

Ternyata daun sireh memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kerana kandungan antiseptik yang tinggi serta minyak yang diekstraksi itu berfungsi untuk menghangatkan tubuh dan mengurangkan masalah hidung tersumbat.  Dalam perubatan tradisional Cina, daun sireh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kerana mempunyai sifat detoksifikasi, antioksidan dan antimutasi.

Dibawah ini perkongsian Puan Shikin yang berhasil mengubati masalah hidung tersumbat anaknya dengan penggunaan beberapa helai daun sireh serta sedikit minyak.  Mungkin ada para ibu yang ingin mencuba kaedah ini, semoga bermanfaat.

Assalamualaikum..

Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi

Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..

Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.

Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..

Alhamdulillah..

1. Layurkan sireh pd api lilin/dapur

2. Sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby

3. Selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh

4. Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.

5. Selamat mencuba

SGMS Enal