Categories: HiburanSelebriti

Sari Yanti Tayang Baby Bump,

pelakon Sari Yanti mendedahkan foto terbaru yang menampakkan ‘baby bump’.

Foto itu dimuat naik Sari menerusi akaun Instagram (IG) peribadi selepas suaminya pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengesahkan berita kehamilannya semalam.

Sari juga  menyatakan rasa syukur kerana kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah semua baik baik je, terima kasih doakan kami- Kakak awak checkup hari ni – terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik,” tulisnya.
 
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.

Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.

SGMS Enal