Categories: FESYENLIFESTYLE

Petua Sarung Kasut Baru

Selalunya sebelum menyarung kasut baru ada jer suara di telinga “Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna“. Masih relevan lagikah petua orang lama nie. Ada yang kata merepek dan ada yang mencubanya dan ternyata berkesan. Tidak semua mempratikkan petua ini jadi apa kata kita guna cara moden pula. Mana tahu ianya lebih berkesan kan?

Antara tips yang dikongsikan adalah 

Letakkan Bedak Bayi

Petua dari mereka orang lama sebelum sarungkan kasut baru letakkan sedikit bedak bayi. Selain dari kaki anda berbau wangi ini juga membantu pemukaan lembut yang berpotensi untuk kaki melecet

Guna deodarant

Ini pastinya petua yang jarang didengar. Selain dari roll on deodorant digunakan di ketiak anda juga boleh menggunakan di tumit belakang kaki untuk mencegah melecet ye dan bukan bau . Tapi AWAS jangan gunakan yang spray kerana yang itu confirm tidak membantu ye

Gunalah plaster

Tampalkan plaster dibahagian yang selalu melecet terutama dibelakang tumit kaki terutama buat anda yang gemar memakai kasut tumit tinggi 

Macam mana tips diatas? Boleh dipakai guna tak , admin pun nak cubalah nanti 

SGMS Enal