Punca Wanita Jadi Curang

Sewaktu ingin berkahwin semuanya indah, tetapi apa terjadi apabila anda dapat mengetahui isteri antara wanita curang . Pasti perasaan sakit hati tular dalam diri. Rumahtangga yang dibina selama ini bagaimana. Apa yang menyebabkan wanita curang? Tidak cukupkah apa yang diberikan sewaktu perkahwinan? Atau pun ada sebab tersendiri. Apa kata jom baca punca wanita boleh menjadi curang

Punca Wanita Curang

Kewangan 

Apabila kewangan melanda, pastinya setiap hari antara suami isteri akan bergaduh atau bermasam muka. Ini menjadikan punca untuk menduakan suami mencari yang berharta

Persefahaman

Hilang persefahaman akibat bergaduh, bertelagah walaupun kerana perkara remeh. Bila hati asyik terluka perasaan bosan datang dan masa inilah pencarian untuk yang baru

Kerjaya

Suami asyik sibuk mengejar kerjaya hingga lupa pada si isteri di rumah. Memandangkan sekarang zaman teknologi, jangan salahkan wanita jika menggunakan laman sosial untuk mencari peneman 

‘Selfish’ Atau Pentingkan Diri

Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri terluka. Belailah mereka dengan menghargai diri mereka

Kadang-kadang kerana sikap suami yang jarang melayani si isteri buat mereka terasa hati. Jadi mudah tergoda dengan kemanisan dan kemesraan yang ada di luar tidak kira sama ada rakan sekerja mahupun rakan di alam maya (laman sosial) . Hargai mereka seperti anda hargai diri anda sendiri ye

SGMS Enal