Suami Merajuk, Meh Pujuk Cara Ini

Apabila dah berkahwin pasti ada masa gembira dan ada masa bergaduh. Jangan kata tidak pernah di timpa masalah ya dan apabila bergaduh atau bertengkar pasti ada yang merajuk ! Ada yang mengatakan perempuan merajuk dulu dan ada pula yang kata lelaki. 

Tapi jika lelaki atau suami yang merajuk macam mana nak pujuk ya. Tak pujuk nanti suram dan sunyi pula di rumah. Ini dikongsikan tips memujuk suami 

Tips bagaimana untuk memujuk suami yang merajuk diantaranya adalah:

Beri Ruang Sendirian

Setiap kali pertengkaran dinasihatkan beri ruang atau masa untuk bersendirian atau menyendiri sebentar. Ini untuk memberi ruang berfikir mengapa dan punca terjadinya selisih faham ini .  

Happykan Diri Sendiri

Happy kan diri sendiri dengan mencari aktiviti yang boleh menyejukkan hati atau menenangkan diri masing-masing. Pergi ke tempat yang selalu anda pergi seperti tempat makan, tempat bercuti dan sebagainya

Ikut Kehendaknya

Cuba rapatkan diri anda dengan melayan kehendak atau karenahnya. Antara contoh terbaik adalah memasak makanan yang digemari pasti tersenyum lebar 

Kata-kata Manis

Bukan sahaja lelaki boleh berbibir manis dengan kata-kata, wanita pun boleh. Cubalah guna panggilan manja seperti Sayang, Manja atau pun pujuk rayu . (anda sahaja yang tahu yang mana ok)

Nyanyi Lagu

Last yang boleh rekomen apa kata nyanyikan lagu anda atau lagu kegemarannya. Biarlah orang kata sumbang yang penting ikhlas dari hati untuk memikat dan memujuk hatinya kembali 

Jika silap itu bukan dari anda tidak salah memulakan dahulu untuk meminta maaf. Ini kerana ada lelaki yang egonya terlalu tinggi. Bila kita mulakan dulu secara tak langsung membuatkannya serba salah dan semua kembali pulih. 

Jangan bermasam muka terlalu lama ye. Bakal menjejaskan hubungan anda nanti 

SGMS Enal