Categories: LIFESTYLE

Tampil Dewy Look Di Innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-Up Pop Up Dan Menangi Hadiah Eksklusif!

Buat penggemar produk kecantikan Korea, innisfree kini telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang terbaru iaitu #JejuCherryBlossom. Bestnya!

Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up ini didatangkan khas untuk mencerahkan dan menghidratkan kulit anda supaya wajah lebih lembap dan lebih bersinar.

Dilengkapi dengan hiasan Cherry Blossom yang berwarna pink, #ToneUpPopUp memaparkan satu produk utama iaitu Jeju Cherry Blossom Tone-Up Cream.

 

 

Innisfree turut memperkenalkan tiga lagi produk terbaru dalam #JejuCherryBlossom iaitu Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, Jeju Cherry Blossom Lotion dan Jeju Cherry Blossom Skin, yang kesemuanya dihasilkan dengan esktrak Jeju cherry leaf dan Betaine semulajadi untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah, lembap dan lembut.

Bermula dari RM 65, anda boleh membeli produk-produk baru ini di semua kedai innisfree di seluruh negara. Sangat berbaloi tau!

 

 

Buat kesemua inni-friends dan penggemar produk kecantikan, hadirkan diri korang  ke Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up yang diadakan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula dari 17 September hingga 6 Oktober 2019.

Kumpul setem cherry blossom di setiap stesen untuk membawa pulang hadiah eksklusif innisfree!

Antara stesen tersebut ialah kaunter pengujian produk Delight in Dewy Glowing Skin, stesen permainan Typing Blossom dan juga stesen Lucky Petals iaitu aktiviti cabutan bertuah di mana anda berpeluang memenangi produk-produk innisfree!

 

Kaunter pengujian produk Delight in Dewy Glowing Skin

 

Stesen Lucky Petals dan Typing Blossom

 

Stesen Lucky Petals

 

Stesen Typing Blossom

 

Dapatkan produk terbaru innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up yang bertempat di: 

Tarikh

Lokasi

26 — 29 September 

North Zone, Queensbay Mall, Pulau Pinang

4 — 6 Oktober 

Premier Terrace, Lot 10 Shopping Centre 

 

Tunggu apa lagi, jangan lupa singgah ke innisfree berdekatan korang ok!

 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Ad Ops