Categories: HiburanSelebriti

Twice Tampil Glamour Dalam Muzik Video Terbaru “Feel Special”

Kumpulan Kpop terkenal iaitu Twice kini kembali dengan album mini ke-8 mereka! 

Twice tampil glamor dengan pakaian yang luxurious sekali dalam muzik video Feel Special yang berdurasi 3 minit 40 saat itu. 

 

 

Baru sahaja 17 jam selepas dimuatnaik, muzik video tersebut telah meraih 11 juta views  tau! Hebat betul penangan Twice kali ini kan?

Menurut, Pengarah agensi tersebut iaitu Park Jin Young, beliau sendiri telah terlibat dalam penulisan lirik lagu ini. Malah katanya, lirik lagu ini diinspirasikan oleh kisah suka dan duka yang dikongsi oleh ahli kumpulan Twice sendiri sejak bergelar artis selama 4 tahun.

Dalam pada itu, JYP Entertainment mengesahkan dua ahli kumpulan Twice iaitu Mina, hanya terlibat dalam pembikinan album ini tetapi tidak akan mempromosikan album ini di mana-mana  rancangan hiburan manakala ketua kumpulan Twice, Jihyo pula hanya akan perform di atas kerusi  semasa showcase berlangsung disebabkan kecederaan leher yang dialami. Get well soon Mina dan Jihyo!

 

Mina dan Jihyo

 

So guys, kalau yang masih belum menonton muzik video terbaru Twice, go and check it now guys. Enjoy!

 

 

 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Ad Ops