Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2019 @ 9:30am

Sibuk Bisnes, Neelofa Umum Tarik Diri

Pengacara terkenal, Neelofa umum tarik diri dalam pencalonan penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH32).

Menerusi sebuah kenyataan media, Neelofa atau lebih popular dengan panggilan Lofa memberitahu dia menarik diri atas masalah kesibukan dengan perniagaannya.

“Lofa pasti, acara berprestij tersebut akan disambut dengan penuh gemilang-gemilang. Begitupun, dengan rasa rendah hati, Lofa ingin mengumumkan penarikan diri daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk edisi ini dan juga edisi akan datang.

“Buat masa ini, Lofa agak sibuk dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab dan beberapa hal berkaitan perniagaan. Justeru, agak sukar untuk menyeimbangkan karier seni dan bisnes,”katanya.

Akui Lofa, dia tidak menarik diri selamanya cuma dia berkemungkinan akan berehat dari penyertaan pada tahun ini dan tahun depan.

“Insyaallah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni. Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah.

“Walaupun Lofa tidak lagi bertanding dalam ABPBH tahun ini, Lofa masih memberikan sokongan. Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?,”katanya.

Dalam masa sama, Neelofa turut doakan agar penganjuran ABPBH terus maju dan megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Bukan Nak Berahsia, Tapi…” – Syafiq Farhain Mengaku Sudah Ada Teman Istimewa

Penyanyi Syafiq Farhain atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim, 27, mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang menghuni hatinya. Namun begitu, anggota bomba ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai gadis yang menjadi pilihannya. “Sejujurnya, […]

Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

Hiburan Sat, 14 Oct 2023
Selebriti Sat, 31 Jul 2021

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu. Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini […]