Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 14, 2023 @ 3:45pm

“Sebagai Anak Yang Datang Dari ‘Broken Family’, Saya Boleh Relate” – Janna Nick ‘Terasa’ Apa Yang Jadi Pada Shila Amzah & Keluarga

Selebriti Janna Nick berpendapat setiap masalah yang dihadapi sesebuah keluarga itu perlu diselesaikan secara baik dan tertutup.

Menurut Janna, dia akui setiap orang mempunyai masalah dalam keluarga namun berbeza cara jalan penyelesaiannya.

“’It’s so hard’ untuk nak bercakap fasal keluarga orang lain sebab kita tak berada dalam keluarga tersebut.

“Untuk saya, saya yakin setiap orang ada masalah keluarga, cumanya kita memilih media sosial jalan penyelesaian ataupun tidak

“Saya harap sangat bukan kepada keluarga lain sahaja tetapi keluarga saya sendiri, sekiranya ada masalah yang terjadi, biarlah selesai secara tertutup,” katanya kepada XTRA.

Janna ditemui selepas pementasan Teater Pak Pandir Dan Labu-Labu Ajaib di Istana Budaya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Janna akui reputasi seorang ‘public figure’ mampu lenyap sekiranya ada pihak yang cuba ‘melondehkan’ perihal peribadi di media sosial.

Malah menyifatkan media sosial bukanlah platform yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

“Jangan melibatkan media sosial sebab sebagai seorang ‘public figure’ kita mencari rezeki atau periuk nasi kita sebahagiannya datang dari media sosial.

“Kalau ada salah seorang ahli keluarga yang guna media sosial untuk lenyapkan imej seseorang ‘public figure’ itu, maknanya niat dia memang tidak baik.

“Waima, untuk menjelaskan keadaan ke sebagainya ke, media sosial bukanlah tempat yang betul.

“Saya tidak memihak kepada sesiapa, ini pandangan saya secara umum, kadang-kadang dalam kalangan keluarga sendiri pun suka guna media sosial untuk luahkan perasaan. Orang guna ia sebagai dairi tetapi saya tidak,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengacara Famili Duo ini turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada rakannya yang juga perserta Famili Duo, Shila Amzah yang sedang berdepan konflik keluarga.

“Sebagai seorang kawan, saya risau dan prihatin dengan keadaan Shila atas apa yang berlaku, bila dengar kisah dia, saya terasa sebab saya pun dalam situasi yang lebih kurang dengan dia juga.

“Sebagai anak yang datang daripada ‘broken family’ ini, saya boleh ‘relate’.

“Saya fikir, apakah Shila boleh beri fokus untuk Famili Duo ini. Jadi saya harap Shila akan buat yang terbaik dengan adik dia. Itu yang saya harapkan sebagai seorang kawan,” harapnya.

Shila kini berdepan dengan konflik yang membabitkan ahli keluarganya sehingga menjadi perhatian ramai.

Famili Duo bakal bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Pasangan Duo terakhir akan diumumkan pada konsert pertama Ahad ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis Ketika Live… Luah Rasa Kecewa, Shila Amzah Sifatkan Syafiq Narcissistic

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Dihalau & Rumah Akan Dijual, Shila Amzah ‘Tegur’ Perkongsian Syada Amzah? – “Keep Things In The Fam, Not For Fame”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Tue, 7 Apr 2026

Luang Masa Bersama Hawra, Kamal Adli Ucap Terima Kasih Pada Uqasha Senrose – “Alhamdulillah, Thank You So Much Ibu!”

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira.

Trending Mon, 20 Nov 2017

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan

Tergamak tikam. kelar dan rentap rahim kawan yang sedang mengandung 8 bulan , apa dah nak jadi ni

Featured Thu, 19 Jun 2025

Irfan Zaini Kongsi Foto Peminat Dibelasah Hingga Berdarah Gara-Gara Watak Malik 

Irfan Zaini berkongsi foto milik peminatnya yang dilaporkan dibelasah hingga berdarah oleh pentaksub ”Malik”.

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Hiburan Wed, 23 Aug 2023
error: Content is protected !!