Trending By: Syafiqa Irdina January 22, 2020 @ 4:57pm

[Trending] Lebih 1000 Peminat X1 Tunjuk Protes Di Luar Bangunan CJ ENM Hari Ini!

Usai pembubaran kumpulan K-pop popular iaitu X1, nampaknya hari ini dalam sejarah lebih 1000 orang peminat telah melakukan protes di luar bangunan CJ ENM!

Pada 6 Januari lalu, kumpulan yang baru sahaja 5 bulan mengecapi populariti menerusi rancangan Mnet “Produce X 101” Musim Keempat itu secara rasminya telah dibubarkan.

Sejak terpalit dengan kontroversi, semua ahli anggota X1 tidak lagi aktif dalam aktiviti seni. Bahkan, mereka juga tidak lagi hadir ke upacara anugerah untuk mengambil anugerah yang mereka menangi. Bukan itu sahaja, pelbagai iklan turut dibatalkan akibat kontroversi manipulasi undian dalam Produce X 101.

Aksi Damai Tertib “One IT”

Hari ini dalam sejarah,  aksi protes peminat X1 yang dikenali “One It” apabila, lebih 1000 peminat X1 telah melakukan tunjuk protes di luar bangunan CJ ENM yang bertempat di Sangan-dong Seoul.  Lebih dari 1000 peminat melakukan aksi damai dengan tertib untuk membentuk semula nama kumpulan yang baru dengan mengekalkan 11 anggota X1 itu di hadapan gedung CJ ENM, Sangan-dong, Seoul yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengendalikan kumpulan K-pop itu. 

Selepas pembubaran kumpulan itu, ada di antara mereka yang menuntut CJ ENM untuk mempertimbangkan keputusan mereformasi kumpulan X1 yang baru.

Malah, ada di antara peminat yang menuntut supaya menubuhkan unit kecil yang terdiri daripada anggota X1 yang tidak ingin dibubar.

 

 

#BringBackX1 Trending Worldwide Di Twitter!

Tanda pagar #BringBackX1 dan #CJTakeTheResponsibility nampaknya telah menjadi trending topik dunia di laman Twitter dengan jumlah tweet hampir mencecah 800 ribu.

Boleh dikatakan hampir setiap hari isu ini menjadi trending topik dunia sebagai salah satu bentuk sokongan projek mereka dan juga sebab protes terhadap CJ ENM.

 

 

Ini Respon CJ ENM

Menerusi sumber Koreaboo, agensi CJ ENM telah memberi maklum balas bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain menghormati posisi agensi anggota X1 yang memutuskan untuk membubarkan kumpulan dan sedang membincangkan jumlah pampasan yang ditanggung oleh mereka secara terperinci.

Baca juga: Kumpulan K-pop X1 Bubar Selepas 5 Bulan Debut?

Sumber foto: www.twitter.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Mon, 20 Sep 2021
Hiburan Fri, 19 May 2023
Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja