TECH By: SGMS Putri October 30, 2018 @ 4:39pm

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Sudah berapa lamakah anda menjadi pengguna WhatsApp? Adakah anda sudah benar-benar arif dengan semua teknik WhatsApp?

Mungkin anda tahu cara menghantar mesej,car menukar gambar profil dan status dan maksud status ikon jam,’tick’ warna kelabu atau biru pada mesej anda. Tetapi tahukah anda bagaimana cara untuk menulis mesej WhatsApp tanpa perlu menaip? Ataupun cara menukar tulisan WhatsApp ke jenis Monospace?

Jika anda berminat untuk mengetahui tips dan teknik WhatsApp, teruskan membaca.

1. Cara menghilangkan ‘tick’ biru atau status ‘telah dibaca’ pada WhatsApp penghantar

WhatsApp Tik biru tanda dibaca

Jika kita menghantar mesej WhatsApp pada seseorang kita tahu bahawa status 2 ‘tick’ berwarna biru bermaksud mesej telah sampai dan dibaca.

Kadang-kadang kita tidak mahu si penghantar mesej tersebut tahu kita sudah membaca mesejnya atas sebab-sebab tertentu…

Anda boleh membuatkan tik biru tersebut tidak muncul di WhatsApp si pengirim dengan mematikan fungsi ‘read receipts’ yang terdapat pada ‘privacy setting’ WhatsApp anda.

Cara (Android): Setting>Account>Privacy>Read recipts

Nota : Jika anda mematikan notifikasi ‘Read receipts’, ‘Ticks’ berwarna biru itu juga tidak muncul pada screen anda. Anda juga boleh mengubah setting untuk profile foto dan status (last seen) pada ruangan yang sama.

WhatsApp hilangkan tik biru pada screen penghantar

Nota : Jika anda mematikan notifikasi ‘Read receipts’‘ticks’ berwarna biru itu juga tidak muncul pada screen anda. Anda juga boleh mengubah setting untuk profile foto dan status (last seen) pada ruangan yang sama.

2. Shortcut untuk chat

Anda mungkin mahu membuat shortcut button untuk orang-orang penting seperti ibubapa, isteri, suami, abang, adik dan sebagainya.

Shortcut untuk chat tersebut akan muncul di homescreen handphone anda.

Shortcut Chat

Caranya:

  1. Buka WhatsApp anda dan pilih tabs chats.
  2. Pilih chat yang anda mahu.
  3. tekan dan tahan sehingga keluar pilihan.
  4. Pilih ‘add chat shortcut’.

 

3. Ketahui status mesej WhatsApp anda – Sudah diterima, dibaca atau tidak

Selain daripada dua ‘ticks’ berwarna biru, anda masih boleh mengetahui bila mesej yang anda hantar itu sampai dan dibaca oleh penerima dengan satu lagi cara.

Cara mengetahui status msg whatsapp anda

Caranya:

  1. Buka mana-mana msg yang anda telah hantar tapi belum mendapat balasan. Sentuh dan tahan sehingga ‘highlight‘ biru muncul.
  2. Pergi ke tanda info (huruf i dalam bulatan) pada bahagian atas telephone (android). Ia akan memaparkan bila msg anda itu diterima dan dibaca oleh penerima.

 

Nota : Teknik ini juga boleh diguna pakai untuk msg yang dihantar ke chat group. Jika si penerima mematikan fungsi ‘read receipt’ teknik ini tidak dapat digunakan.

4. Perbezaan lokasi sebenar & lokasi palsu yang dikongsikan melalui WhatsApp

Tahukah anda bahawa anda boleh menghantar lokasi palsu melalui WhatsApp?

Pernahkah anda terfikir sama ada lokasi kedudukan yang dihantar oleh kawan/girlfriend/boyfriend anda benar atau tidak?

Berikut merupakan perbezaan antara lokasi palsu dan lokasi sebenar jika anda ‘share location’ menggunakan WhatsApp.

 

Cara mengetahui kedudukan palsu dan sebenar melalui whatsapp

Perhatikan gambar diatas.

Jikalau anda menghantar kedudukan sebenar anda melalui google map, google map tidak akan memberi apa-apa penerangan pada map.

Jikalau anda memasukkan (atau memalsukan) kedudukan anda dalam google map secara manual, penerangan akan muncul pada bahagian tepi atau bawah map tersebut.

Jika si dia memberitahu lokasinya melalui WhatsApp, periksa dahulu mapnya..

Kongsi Lokasi dalam WhatsApp

Nota : Kedudukan anda (google map) boleh dikongsikan dengan rakan anda dengan menekan butang ‘attachment‘ pada bahagian atas chat dan pilih ‘location’.

5. Fungsi ‘Broadcast’ dalam WhatsApp

‘Broadcast’ membolehkan anda menghantar mesej kepada ramai orang pada masa yang sama. Kelebihan ‘Broadcast’ adalah si penerima tidak tahu bahawa mesej yang sama juga dihantar kepada orang lain. Ia akan muncul dalam WhatsApp seperti chat antara anda dan si penerima sahaja.

Mungkin anda terfikir – Kenapa tidak ‘copy’ atau ‘forward’ sahaja?

Bagaimana jika anda ingin menghantar mesej tersebut kepada 50 orang? ‘copy’ atau ‘forward’ sebanyak 50 kali?

‘Broadcast’ amat berguna jika anda ingin menjemput kawan-kawan anda untuk menghadiri majlis yang anda anjurkan tanpa membuat group chat.

Orang yang menerima mesej anda akan berasa ‘special’ kerana anda menghantar mesej jemputan khas kepadanya (walaupun sebenarnya pada masa yang sama orang lain menerima msj yang sama).

 

Cara hantar msg whatsapp guna broadcast

 

Cara (Android) : Dalam ruangan chats tekan simbol more pada bahagian atas kanan WhatsApp anda dan pilihan baru akan keluar. Pilih ‘New broadcast’ dan masukkan senarai rakan yang ingin anda hubungi.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga perkongsian kami ini bermanfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Asalkan Dia Bahagia, Gandingkan Syukri Yahya dan Aida Jebat

Gandingan Syukri Yahya dan Aida Jebat dalam drama terbaru di slot Akasia ini pastinya akan membuatkan para peminat setia ternanti-nanti.

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
TECH Wed, 18 Jul 2018

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan. Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm. Dikenali sebagai Helio A22, […]

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Hiburan Fri, 10 May 2019